Pengenalan BLOG ini Diwujudkan

Suara Revolusi Anda diwujudkan bagi mengetengahkan isu-isu politik di malaysia, yangmana segala maklumat didalamnya akan membongkarkan kelemahan kerajaan yang diterajui oleh BN yang sinonim dengan Istilah “Barang Naik”.

Blog ini hanya mamberi pendapat atau menegur bersesuaian dengan negara kita yang menggunakan sistem “Kerajaan Demokrasi” yang mena kerajaan dipilih suara terbanyak dan berhak keatas rakyat untuk menyuarakan apa-apa kehendak mereka kepada pemimpin mereka tidk kira raakyat dewasa ataupun pelajar(mahasiswa).

Terpulanglah kepada pihak kerajaan jika mahu mendengar atau nak ambil tindakan, tetapi ingat, rakyat Malaysia sekarang tidaak bodoh, mereka adalah berpelajaran ada yang sampai Eropah, ada yang sampai timur tengah, ada yang bergelar Prof.,Dr., berpendidikan Master,Phd,Ijazah dan sebagainya.

Firman Allah taala:

“Katakan(Wahai Muhammad) adakah sama antara orang yang tahu,dengan orang yang tak tahu(tentu sekali tidak)”.

Dalam ayat ini Allah sengaja menguji manusia bertnya adalah sama orang yang tahu atau berilmu dengan yang tak belajar atau yang belajar bidang lain tapi nak bercakap tentang agama. Walaupun Allah dah tau jawapannya, tapi sengaja dia ingin memberi kesedaran kepada kita adakah kita sedar diri ke tidak.

Firman Allah lagi:

“Jika kamu membantu kerja di jalan Allah, maka Allah akan membantu mu”

Ini menerangkan perjuangan Islam tidak pernah kalah Cuma belum menang, sebab itu Penasihat KeADILan, Dato’Sri Anuar Ibrahim menggunkan Istilah “Lawan Tetap Lawan” dan “ Ubah Sebelum Parah”.

Revolusi bermaksud, suatu pembangkitan untuk merubah sesuatu atau memperbaharui sesuatu, blog ini wujud selepas kajian, yang menunjukkan penduduk negara ini bangkit untuk menuntuk hak mereka iaitu kerajaan yang bersih dan ADIL dalam membahagikan hak rakyat. Contoh pemecatan bekas timbalan Perdana Menteri tahun 1999,perhimpunan Gelombang Kuning (BERSIH) dan HINDRAF,

Dan banyak lagi isu yang ingin dibagkitkan dalam blog ini.

posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 2:15 AM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home