Buktikan kebencian rakyat Kelantan Kepada BN
Wednesday, February 27, 2008

Salam perjuangan kepada rakyat kelantan khususnya sahabat pemuda-pemudi sekalian, anda tahu tak sejarah kelantan yang pada suatu hari pada tahun 1987 rakyat kelantan bangkit berdemostrasi menentang kerajaan kelantan yang diperintah Barisan Nasional pada masa itu.
PRU-12 tidak lama lagi, jadi semua rakyat kelantan tahu yang UMNO akan membuat apa sahaja cara demi kemenangan mereka untuk memerintah Kelantan yang suci ini. Rasuan(politik wang),pancing undi dengan memberi hadiah kepada setiap rakyat,menabur janji seperti membina masjid sedangkan masjid kat kelantan dah berlambak dan banyak lagi tektik-tektik mereka yang tidak berlandaskan iman dan agama untuk memerampas negeri kita yang disayangi ini.
Memang betul jika UMNO perintah kelantan, mereka akan melayan kita macam anak mas.. TAPI SAMPAI BILA!!!!!! Mungkin hanya sepenggal je, penggal depan mereka akan merangcang nak masukkan budaya yang entah ape-ape yang sama dengan KL yang kita sanjung2 kan itu, sebab mereka yakin menang lagi sebab mereka aanggap rakyat dah terkenang budi dengan mereka.
Wahai saudara-saudara senegeri! Semasa saya mula-mula belajar kat luar negeri kelantan, saya terkejut kerana banyak budaya yang tidak ada dinegeri kita, gejala sosial lebih teruk daripada negeri kelantan, fahaman islam pun pelbagai seperti Al-Arqam(Refaqa’),Wahabi atau syiah sangat menonjol disini, tidak kurang juga budaya Barat seperti gothic,Skin,Punk,black metal dan puak gengster berlambok cni weii….
Kito ero negeri kito pun en teruk dh, kalu UMNO merintoh gak… koho sedap la budok2 hok suko kpd hiburan , mereka yang selama ini tenggelam akan timbul kerana kerajaan BN ini “support” diorang.
Jadi jika kita betul-betul tetap pendirian atau istilah mati hidup semula benci BN! Jika mereka menang dalam pilihan raya ini dengan “tipu” jom Kita BANGKIT MENGHALAU MEREKA DARIPADA MEMULAKAN SEGALAA-GALANYA! KITA BUAT DEMOSTRASI MENENTATANG KEMENANGAN BN! AYUH! BANGKIT LAH SAUDARA KU! BANGKITLAH SAHABAT-SAHABAT KU! BANGKITLAH SEMUA RAKYAT KELANTAN! SAMA-SAMALAH KITA KEKALKAN PEMERINTAHAN ULAMA’ INI ! Jom kita kekal kan keamanan dan kedamaian kita di negeri yang tercintan ini,
Usah dengan rayuan,pujukan dan kata-kata manis calon2 UMNO kerana mereka itu hanya “Parasit Islam” yang berusaha untuk menghancurkan agama mereka sendiri….
Ingat perinsip ini LAWAN TETAP LAWAN! UBAH SEBELUM PARAH ! UMNO DULU…KINI…SELAMANYA PEROSAK ISLAM… TAKBIRRRRR!!!!!!!!!!
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 6:36 PM,
No comment,
Biarkan PAS Menang Di Kelantan Demi Kebaikan Malaysia-TUN DR. MAHADHIR

Tiada yang lebih kontroversi dan boleh disalahtafsirkan di dalam ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamed di Kota Bharu selain dari kerelaannya dengan berat hati melihat PAS sekali lagi menumbangkan UMNO di Kelantan di dalam pilihanraya umum ke 12 akan datang.
Saya tidak pasti bagaimana media arus perdana akan melaporkan pernyataan Tun yang dibuat sewaktu menjawab soalan daripada salah seorang daripada hampir 500 orang yang hadir mendengar ucapannya di majlis Syarahan Perdana Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.Tetapi kenyataannya ialah sebaik sahaja Tun membuat pernyataan tersebut, hadirin yang hadir, termasuklah Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah m
enyambutnya dengan tepukan gemuruh.
Menurut Tun, sebagai ahli UMNO dan bekas pemimpin tertinggi UMNO, beliau tidak rela melihat UMNO tumbang di tangan PAS atau mana-mana parti pembangkang. Tetapi, sekiranya ketewasan UMNO adalah satu-satunya cara bagi menyedarkan kepimpinan UMNO sekarang tentang kelemahan pucuk pimpinan parti, maka, rakyat Kelantan seharusnya memberi undi mereka kepada PAS demi kebaikan negara Malaysia tercinta.
Di dalam menjawab satu lagi soalan daripada hadirin yang hadir, Tun berkata, tiada apa yang mampu dilakukan oleh Kerajaan Kelantan sekarang di dalam menghadapi globalisasi kerana masalah menghadapi globalisasi adalah satu cabaran yang hanya mampu ditangani oleh Kerajaan Pusat. Namun begitu Kerajaan Kelantan seperti mana Kerajaan Negeri-Negeri lain seharusnya terus memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat supaya menangani cabaran globalisasi dengan lebih bijak.
Secara berseloroh, di dalam ucapannya Tun berkata, jika Kerajaan Kelantan menerajui negeri ini seperti Proton pada hari ini, ranaplah Kota Bharu. Proton di bawah teraju YM Tengku Mahaleel, seorang anak Kelantan berjaya membuat keuntungan demi keuntungan sehingga memperolehi wang simpanan tunai berjumlah RM4 billion. Malangnya, Proton di bawah teraju yang dilantik oleh Perdana Menteri sekarang hanya mampu membuat kerugian berjumlah setengah billion ringgit setiap tahun
Tun Dr. Mahathir juga menyeru rakyat Kelantan supaya tidak terpedaya dengan janji yang ditabur oleh Kerajaan Pusat yang berjumlah RM3 billion untuk pembangunan lebuhraya dan empangan di Kelantan. Sebaliknya Tun meminta rakyat Kelantan untuk bertanya, mana duitnya? Tunjukkan dahulu duit tersebut!
Ramai pemerhati politik menyangka ucapan terbaharu Tun Dr. Mahathir sebagai lanjutan kepada serangan-serangan kritikalnya terhadap Perdana Menteri Abdullah Haji Ahmad dan anak menantunya, sebaliknya satu perubahan ketara dilihat daripada ucapan Tun kali ini.Peri pentingnya majlis pada 6 Mei 2007 ini ialah, buat pertama kalinya setelah sekalian lama, Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah berkongsi pentas dan duduk sebelah menyebelah semenjak Tun memulakan serangan demi serangan terhadap kelemahan kepimpinan UMNO dan negara Malaysia sekarang. Bukan itu sahaja, Tun Dr. Mahathir kali ini memberi ucapan di atas platform yang dinaungi oleh Tengku Razaleigh Hamzah sendiri.
Satu lagi perbezaan ketara di dalam siri ucapan Tun yang bermula semenjak Jun 2006 ini, ialah ucapannya kali ini lebih bercorak amanat dan nasihat kepada rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya di dalam menghadapi pilihanraya umum ke 12.
Tanpa berselindung, Tun memerli keputusan pengundi di Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Ijok yang sanggup menggadai maruah mereka untuk wang berjumlah RM200 dan mesin-mesin jahit. Tun menasihatkan hadirin yang hadir supaya mempertahankan maruah negara di dalam pilihanraya dengan menolak sebarang tawaran membeli undi mereka. Membeli undi adalah rasuah, pemberi dan penerima sama-sama melakukan kesalahan. Tun juga mahu para pengundi tidak membuat pilihan secara membabi buta kerana ia hanya akan memberi mandat kepada pemerintah untuk melakukan apa sahaja secara membabi buta.
Di dalam ucapannya kali ini Tun tidak lagi menumpu perhatian kepada mengulangi kritikan-kritikannya terhadap kelemahan Perdana Menteri sekarang, sebaliknya lebih kepada menyedarkan hadirin yang hadir tentang peri pentingnya mereka menghargai hak mereka sebagai pengundi.
Di dalam kata lain, sekiranya ahli-ahli UMNO, para pengundi dan rakyat Malaysia bersetuju bahawa kepimpinan Kerajaan Malaysia sekarang adalah lemah dan tidak berwibawa, mereka seharusnya bersedia mendesak perubahan tersebut menerusi proses demokratik dan memangkah undi secara bijaksana.Tun mengungkap kembali insiden sewaktu beliau tewas ketika bertanding di dalam pilihanraya umum Kota Setar pada tahun 1969 dahulu. Pengundi Cina di situ lebih rela mengundi parti PAS daripada mengundi beliau (UMNO) walaupun PAS membawa isu membina Kerajaan Islam. Pengundi Cina waktu itu lebih rela menerima Kerajaan Islam daripada mengundi seorang yang di cap Ultra-Malay.Adalah tidak salah bagi ahli UMNO sendiri mengundi ahli dari parti lain, jika mereka tiada pilihan lain di dalam menyuara ketidakpuasan mereka terhadap pimpinan UMNO sekarang. Demi cinta mereka terhadap UMNO dan negara, mereka perlu bersedia berkorban.
Jelaslah bahawa pilihanraya akan datang adalah satu-satunya peluang bagi rakyat Malaysia amnya dan peyokong UMNO khasnya menyuarakan protes mereka terhadap kebobrokan kepimpinan Abdullah sekeluarga.Hari ini, rakyat Kelantan telah menyaksikan kembalinya terjalin secara rasmi ikatan siratul rahim dua negarawan Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. Membenarkan Tun Dr. Mahathir menggunakan platform naungannya untuk menasihatkan rakyat Kelantan mempertahankan maruah Malaysia sebenarnya membuktikan Tengku Razaleigh Hamzah sendiri merelakan kesinambungan pemerintah Kerajaan Negeri Kelantan sekarang.
Dengan mempertahankan pemerintahan Kerajaan PAS di Kelantan di dalam pilihanraya umum ke 12, dan mengurangkan majoriti Barisan Nasional di peringkat Parlimen dan peringkat Dewan-Dewan Undangan Negeri, adalah satu-satunya cara untuk menggegarkan Abdullah dan keluarganya. Inilah satu-satunya proses demokratik yang tinggal untuk ahli-ahli UMNO mengusulkan perubahan kepada parti mereka. Secara tidak langsung juga, Tun Dr. Mahathir menyedari, kesilapan kepimpinannya sewaktu menjadi Presiden UMNO dengan menyukarkan jawatan pucuk pimpinan parti ditandingi. Hari ini, adalah lebih mudah membawa perubahan di dalam UMNO menerusi pilihanraya umum berbanding dengan menerusi pemilihan pucuk pimpinan parti. Adalah hampir mustahil mengalahkan Abdullah Haji Ahmad menerusi sistem demokratik di dalam UMNO. Tetapi tidak mustahil untuk menumpaskan Abdullah Haji Ahmad sekeluarga menerusi pilihanraya umum ke 12.
Adakah dengan mengungkap kembali ketewasannya di dalam pilihanraya umum 1969 di Kota Setar, Tun cuba memberi jawapan kepada kita semua? Masyarakat Cina tidak seharusnya takut mengundi parti yang memperjuangkan Negara Islam, masyarakat Melayu pula tidak harus takut untuk tidak mengundi Parti yang ditubuhkan untuk membela Agama, Bangsa dan Negara. Justeru, kita semua harus berani berkorban demi Agama, Bangsa dan Negara!
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 2:31 AM,
No comment,
Dr Shafie Abu Bakar menarik nafas lega berjaya menempuh halangan dan 'ujian' daripada SPR

BANGI, 25 Feb (Hrkh) - Calon PAS Dun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar menarik nafas lega apabila beliau berjaya menempuh halangan dan 'ujian' daripada SPR bermula petang Khamis lalu sehinggalah tengah malam tadi.
Katanya, pada penamaan calon kali ini SPR benar-benar menguji kesabarannya dan juga calon-calon pembangkang yang lain bagaimanapun berjaya dapat diselesaikan tepat pada waktunya.
Menurut beliau, berbagai-bagai karenah yang dilakukan oleh SPR di saat-saat akhir antaranya dikenakan duti setem bahkan setem itu pula hendaklah mengunakan setem yang 'hidup'.
| |
"Karenah SPR ini buat kita menggelabah juga sebab banyak pejabat yang tutup, dan dalam masa yang sama kami terpaksa banyak kali mengisi borang yang diperlukan, bahkan 12 malam tadi kita ke pejabat daerah untuk selesaikan perkara ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon yang diadakan di Kompleks Sukan Bangi, Bandar Baru Bangi. Bagaimanapun, katanya, karenah SPR itu tidak mematahkan semangat dan perjuangan parti PAS untuk merealisasikan 'Negara Berkebajikan'. Beliau turut bersedia kemungkinan akan berlaku beberapa perubahan yang dilakukan oleh SPR dalam tempoh berkempen sehinggalah hari mengundi. "SPR boleh keluarkan arahan baru untuk proses penamaan calon di saat-saat akhir dan tidak mustahil mereka boleh buat arahan baru pula untuk tempoh berkempen dan hari membuang undi," katanya. Mengulas karenah SPR itu, Shafie berkata, sebagai sebuah badan yang lama dan berpengalaman sepatutnya lebih profesional. "Kalau SPR tidak menyusahkan kita, kenapa kerajaan melanjutkan tempoh persaraan Pengerusi SPR dari 65 ke 66 tahun, dah jelas ada tujuan mereka di sebalik itu," katanya. Jelasnya, pada hari ini mereka telah lulus satu tahap bagaimanapun satu tahap yang lebih penting bagi PAS adalah hari membuang undi. "Sekarang kita bukan lagi bekerja dari hari ke hari tetapi dari jam ke jam perlu diisi dengan gerak kerja, kemuncaknya adalah semasa pilihan raya," katanya. Shafie juga mengingatkan kepada para petugas parti inilah masa yang paling baik untuk PAS merebut kemenangan dalam pilihan raya kali ini memandangkan banyak krisis yang tidak dapat diselesaikan oleh BN. Kira-kira 2,000 para penyokong PAS berarak mengiringi Dr Shafie ke pekarangan kompleks sukan jam 8.45 pagi. Tepat jam 9.00 pagi beliau menyerahkan borang penamaan calon. Suasana di dalam kompleks sukan agak terkawal memandangkan penyokong BN dan PAS dipisahkan sejauh sebuah padang bola sepak antara satu dengan lain. Walaupun dalam cuaca yang agak panas ketika itu, penyokong PAS mahupun BN masing-masing tidak berganjak dan bersabar menunggu pengumuman daripada Pegawai Pengurus SPR. Dalam tempoh hampir empat jam menunggu pengumuman para penyokong PAS masing-masing membaca doa memohon keberkatan Allah yang dikepalai oleh Hj Mohamad Kaus Abdul. Di samping itu, lagu PAS turut dimainkan bagi menaikkan lagi semangat para penyokong Dr Shafie diikuti laungan takbir 'Allahuakhbar', 'Lawan, lawan, Lawan BN, dan 'Reformasi'. - mks. |
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 2:27 AM,
No comment,
Jadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan pembangunan

usteru, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta agar semua pihak khususnya pentadbir agar menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan terpenting dalam menjalankan sesuatu proses pembangunan
"Semua yang terjadi di atas dunia ini, sama ada projek dan usaha pembangunan telah tercatat pada kertas kerja Allah. Pernah suatu ketika dahulu, ada sesetengah pihak yang kurang yakin dengan kita (PAS) untuk menjalankan aktiviti pembangunan, tetapi hari ini kita buktikan ianya adalah tidak mustahil dengan izin Alah," ujarnya dalam satu Majlis Pecah Tanah Kompleks Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas di Bandar Baru Pasir Mas, Lubuk Jong pagi tadi.
Jelasnya, proses kejuruteraan negeri adalah untuk memajukan Kelantan dengan berpegang kepada manifesto kerajaan negeri iaitu Itqan Mas'uliyyah' yang telah diperkenalkan kepada semua penjawat awam untuk memastikan segala yang dijalankan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah semata-mata.
"Selain itu, kita juga hendaklah mengendalikan segala masalah yang berkaitan dengan manusia ini dengan kembali kepada ajaran Islam kerana menjaga negeri ini adalah bererti menjaga manusia," katanya.
Nik Aziz yang juga merupakan calon Dun Cempaka menegaskan bahawa sejak PAS menerajui Kelantan, pelbagai perubahan telah dijalankan.
"Pada peringkat awal, kita telah meminta semua urusan kewangan perlu dipindahkan daripada menggunakan bank konvensional kepada bank Islam bagi mengelakkan bercampur dengan unsur riba yang dilarang oleh Allah," ujarnya.
"Tiada sebuah kerajaan di negara Asia yang melakukan tindakan sedemikian melainkan kerajaan negeri Kelantan," ujarnya lagi.
Tambahnya, apa jua yang telah diperintahkan oleh Allah tidak kira apa jua bentuk suruhan dan larangan adalah untuk kebaikan hambaNya, kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya itu.
"Ia adalah sebagai suatu usaha untuk mencapai keberkatan Allah khususnya bagi membangunkan negeri ini selari dengan kehendak Allah," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Wip Majlis Daerah Pasir Mas, Osman Zakaria menyatakan kos pembangunan projek tersebut menelan belanja RM14.8 juta bagi membina kawasan perumahan, rumah kedai, kafeteria, kompleks pejabat, surau, taman permainan dan sebagainya yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.
"Ia akan dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang akan menjadi tarikan bagi industri pelancongan selain merupakan koridor pembangunan yang berupaya menaiktaraf sosioekonomi penduduk Pasir Mas," ujarnya.
Menjelaskan mengenai kedudukan projek tersebut, Pengarah Projek tersebut, Ir. Suharto Mohd Nasir menerangkan 80 peratus Fasal Pertama projek itu telah siap dengan 34 unit kedai dan 75 peratus daripadanya telah habis dijual.
"Ia bukanlah suatu projek bagi mencari keuntungan, kerana ia adalah untuk membantu membangunkan Pasir Mas oleh syarikat Taman Semasa Sdn. Bhd," katanya.
Turut hadir dalam masjlis tersebut ialah Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Takiyuddin Hassan, Pengerusi Eksekutif Taman Semasa Sdn. Bhd, Dato' Albert Tan, calon PAS Parlimen Rantau Panjang serta Dun-dun sekitarnya, iaitu Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, calon PAS Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron, calon PAS Dun Meranti, Ustaz Nasurudin Daud, calon Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali, Calon PAS Dun Tendong, Ustaz Mohd Daud dan calon PAS Dun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad.
Pada majlis yang sama juga, Nik Aziz telah menandatangani plag tapak majlis pecah tanah projek serta menggali tanah sebagai simbolik kepada upacara perasmian majlis pecah tanah itu.harakahdaily.net
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 2:25 AM,
No comment,
Pengenalan BLOG ini Diwujudkan
Suara Revolusi Anda diwujudkan bagi mengetengahkan isu-isu politik di
Blog ini hanya mamberi pendapat atau menegur bersesuaian dengan negara kita yang menggunakan sistem “Kerajaan Demokrasi” yang mena kerajaan dipilih suara terbanyak dan berhak keatas rakyat untuk menyuarakan apa-apa kehendak mereka kepada pemimpin mereka tidk kira raakyat dewasa ataupun pelajar(mahasiswa).
Terpulanglah kepada pihak kerajaan jika mahu mendengar atau nak ambil tindakan, tetapi ingat, rakyat Malaysia sekarang tidaak bodoh, mereka adalah berpelajaran ada yang sampai Eropah, ada yang sampai timur tengah, ada yang bergelar Prof.,Dr., berpendidikan Master,Phd,Ijazah dan sebagainya.
Firman Allah taala:
“Katakan(Wahai Muhammad) adakah sama antara orang yang tahu,dengan orang yang tak tahu(tentu sekali tidak)”.
Dalam ayat ini Allah sengaja menguji manusia bertnya adalah sama orang yang tahu atau berilmu dengan yang tak belajar atau yang belajar bidang lain tapi nak bercakap tentang agama. Walaupun Allah dah tau jawapannya, tapi sengaja dia ingin memberi kesedaran kepada kita adakah kita sedar diri ke tidak.
Firman Allah lagi:
“Jika kamu membantu kerja di jalan Allah, maka Allah akan membantu mu”
Ini menerangkan perjuangan Islam tidak pernah kalah Cuma belum menang, sebab itu Penasihat KeADILan, Dato’Sri Anuar Ibrahim menggunkan Istilah “Lawan Tetap Lawan” dan “ Ubah Sebelum Parah”.
Revolusi bermaksud, suatu pembangkitan untuk merubah sesuatu atau memperbaharui sesuatu, blog ini wujud selepas kajian, yang menunjukkan penduduk negara ini bangkit untuk menuntuk hak mereka iaitu kerajaan yang bersih dan ADIL dalam membahagikan hak rakyat. Contoh pemecatan bekas timbalan Perdana Menteri tahun 1999,perhimpunan Gelombang Kuning (BERSIH) dan HINDRAF,
Dan banyak lagi isu yang ingin dibagkitkan dalam blog ini.
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 2:15 AM,
No comment,
Sejarah politik
Genesis Biologi Politik
Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia.
Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" ( dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.
Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan.
Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia.
Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )
[Sunting]
Revolusi bandar
V.G. Childe menggambarkan pertukaran masyarakat manusia yang berlaku sekitar 6000 BCE sebagai Revolusi Bandar. Antara ciri-ciri tamadun baru ini adalah:
- Penstrataan Institusi Sosial ( institutional social stratification(dominance hierarchy))
- Jentera Khas bukan-agrikultur contohnya peguam. ( non-agricultural specialised crafts (including priests and lawyers) )
- Percukaian
- Penulisan
Kesemua ini memerlukan kawasan pendudukan yang padat - bandar.
Sementara perkataan, "Politik" diambil dari perkataan Yunani Polis yang bermaksud bandar. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan. Ini termasuk kumpulan korporat, agama, akademik dan sebagainya, terutama kumpulan yang terkakang oleh sumber terhad dan mengandungi hierarki dominans ( dominance hierarchies ).
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 2:10 AM,
No comment,
Apakah DEMOKRASI ???
Demokrasi kalau diterjemahkan betul2 berarti kekuasaan rakyat ( berasal
dari kata2 yunani : demos= rakyat, kratia = kuasa). Di negara2
kapitalisme didunia hampir setiap negara menggunakan kata2 ini didalam
undang2 dasarnya. Misalnya negara jerman : §20 Bag. 1 UUD nya - negara
jerman adalah negara demokrasi dan sosial.
Apa arti dari demokrasi tentu saja tidak dikatakan selanjutnya,
dibiarkan terbuka dan setiap orang boleh menginterpretrasikan sendiri2,
begitu juga lawyer dan hakim2 menginterpretasikan lain2. Menurut
marxisme , ini adalah suatu penipuan masyarakat yg besar2an.
Apa itu Demokrasi ? Menurut marx , kapitalisme adalah sistem masyarakat
yg berkelas, dan kelas2 ini mempunyai kepentingan2 sendiri. Dan kelas2
ini pada achrinya terdiri dari 2 kelas: kelas tertindas dan kelas yg
menindas. Jadi kelas yg netral , itu pada prinsipnya tidak ada, yg ada
hanya kelihatan netral, tapi pada achirnya harus berpihak.
Marx memberi definisi lebih jelas - demokrasi yg ada didunia
kapitalisme diberikan nama - civil democracy.
Dgn terjadinya oktober revolusi di rusia terbentuklah negara sosialisme
pertama didunia. Demokrasi di Rusia oleh Lenin diberikan nama demokrasi
proletar : yg berarti hak2 demokrasi tidak untuk semua manusia,
melainkan untuk kelasnya sendiri - kelas proletar atau kelas buruh. Hak
kekuasaan untuk kepentingan buruh sebagai kelas yg tertindas. Didalam
sistem sosialisme peranan penindas dan tertindas berubah, disini
berarti mayoritas menindas minoritas.
Jadi the item demokrasi di negara2 kapitalisme (juga di indonesia)
adalah salah satu manipulasi dari sistem masyarakat, yg seakan2 hak ini
berlaku untuk semua lapisan masyarakat, seakan2 pengertian ini tidak
mempunyai kepentingan sendiri2.
yg menjadi pertanyaan , mengapa negara2 kapitalisme mau menggunakan
kata2 demokrasi , yg tidak sepenuhnya berpihak kepada kapitalisme ?
Kadang2 malahan dirugikan, seperti hak berdemo terhadap politik
pemerintah dll..
ya memang ini suatu antitheses , suatu dillema dari kapitalisme.
Tindakan ini adalah tindakan terpaksa dimana negara harus memberikan
feeling , seakan2 negara adalah suatu bentuk yg netral didalam sistem
masyarakat , yg mengatur kemasyarakatan untuk kepentingan bersama; yg
terlepas dari kelas2 tertentu; dgn demikian keinginan masyarakat untuk
berjuang membebaskan diri dari penindasan turun menjadi minimal sekali,
kelas tertindas menjadi pasiv.
Lenin menulis tentang civil democracy dgn tepat sekali : /civil
democracy dibandingkan dgn jaman abab ke 15 adalah suatu kemajuan yg
tinggi - dan kapitalisme tidak mempunyai jalan lain - selain sempit,
terbatas, false dan manipulasi, satu paradiso untuk kapitalis, satu
penipuan and a trap untuk yg tertindas dan miskin" (Lenin, Book 28,
Page 241, - proletar revolusi dan renegat Kautsky).
demokrasi proletar dgn kata lain berarti : diktatur proletar adalah
satu instrument dari sistem sosialisme , demokrasi yg asli dan untuk
pembebasan : "persamaan hak dan satu demokrasi yg tidak hanya dalam kertas,
tetapi
didalam penghidupan yg real, bukan hanya suatu phrase politik" /(Lenin,
book 30, page 40).
Demokrasi proletar adalah satu bentuk negara yg pertama, dimana bukan
minoritas menindas mayoritas, tetapi sebaliknya. Ini adalah suatu
bentuk demokrasi tertinggi didalam masyarakat yg berkelas.
Demokrasi proletar hanya bisa dijalankan didalam sistem masyarakat
sosialisme, selama bentuk2 kelas masih berada, dimana perjuangan kelas
masih bergolak.
Demokrasi di Venezuela sampai saat ini sama seperti indonesia juga,
masih berlaku apa yg dinamakan civil democracy.
Chavez dalam kemenangannya, akan menjalankan politik "*Sosialisme abad
ke 21" , merubah *bentuk negara menjadi demokrasi proletar.
Dalam menjalankan politik ini , pemerintah Chavez sekarang mendapatkan
perlawanan dari negara2 kapitalisme imperialisme yg besar sekali.
Pemerintah Venenzuela sekarang berusaha reduce kekuasaan kapitalis2
besar luar negeri, pertama2 dalam sektor minyak, perbankan dan
telekomunikasi.
Sampai sekarang dalam sektor minyak pemerintah Venezuela hanya
mempunyai bagian 15% , dimana selebihnya dikuasai oleh perusahaan asing (Exxon,
mobil dll.). Untuk merubah keadaan kekuasaan ini , Chavez mengambil tindakan yg
darurat, dimana pemerintah dalam waktu pendek boleh mengambil tindakan
ekonomi dan politik yg cepat selama 18 bulan, untuk melumpuhkan
pengaruh kapitalis2 besar baik dalam negeri, dalam perbankan dan komunikasi,
juga dalam militer, maupun luarnegri.
Oleh negara2 imperialis , tindakan ini dinamakan diktatur.
Han
Date: Sun, 04 Feb 2007 13:14:58 +0100
From: han <[EMAIL PROTECTED]>
To: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,
"[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,
Lukman A Sya <[EMAIL PROTECTED]>, mariyam darma <[EMAIL PROTECTED]>,
kasbi <[EMAIL PROTECTED]>,
Diananshar <[EMAIL PROTECTED]>,
"Dadan.S.Sanusi" <[EMAIL PROTECTED]>,
sigit <[EMAIL PROTECTED]>, Tisnasanjaya <[EMAIL PROTECTED]>,
Mira Wijaya Kusuma <[EMAIL PROTECTED]>,
sontiar anitra <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],
Sbhi_Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>,
ubaidilah ubaidilah <[EMAIL PROTECTED]>,
Perhimpunan Rakyat Pekerja <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: sosialisme dan demokrasi
Demokrasi kalau diterjemahkan betul2 berarti kekuasaan rakyat ( berasal
dari kata2 yunani : demos= rakyat, kratia = kuasa). Di negara2
kapitalisme didunia hampir setiap negara menggunakan kata2 ini didalam
undang2 dasarnya. Misalnya negara jerman : §20 Bag. 1 UUD nya - negara
jerman adalah negara demokrasi dan sosial.
Apa arti dari demokrasi tentu saja tidak dikatakan selanjutnya,
dibiarkan terbuka dan setiap orang boleh menginterpretrasikan sendiri2,
begitu juga lawyer dan hakim2 menginterpretasikan lain2. Menurut
marxisme , ini adalah suatu penipuan masyarakat yg besar2an.
Apa itu Demokrasi ? Menurut marx , kapitalisme adalah sistem masyarakat
yg berkelas, dan kelas2 ini mempunyai kepentingan2 sendiri. Dan kelas2
ini pada achrinya terdiri dari 2 kelas: kelas tertindas dan kelas yg
menindas. Jadi kelas yg netral , itu pada prinsipnya tidak ada, yg ada
hanya kelihatan netral, tapi pada achirnya harus berpihak.
Marx memberi definisi lebih jelas - demokrasi yg ada didunia
kapitalisme diberikan nama - civil democracy.
Dgn terjadinya oktober revolusi di rusia terbentuklah negara sosialisme
pertama didunia. Demokrasi di Rusia oleh Lenin diberikan nama demokrasi
proletar : yg berarti hak2 demokrasi tidak untuk semua manusia,
melainkan untuk kelasnya sendiri - kelas proletar atau kelas buruh. Hak
kekuasaan untuk kepentingan buruh sebagai kelas yg tertindas. Didalam
sistem sosialisme peranan penindas dan tertindas berubah, disini berarti
mayoritas menindas minoritas.
Jadi the item demokrasi di negara2 kapitalisme (juga di indonesia)
adalah salah satu manipulasi dari sistem masyarakat, yg seakan2 hak ini
berlaku untuk semua lapisan masyarakat, seakan2 pengertian ini tidak
mempunyai kepentingan sendiri2.
yg menjadi pertanyaan , mengapa negara2 kapitalisme mau menggunakan
kata2 demokrasi , yg tidak sepenuhnya berpihak kepada kapitalisme ?
Kadang2 malahan dirugikan, seperti hak berdemo terhadap politik
pemerintah dll..
ya memang ini suatu antitheses , suatu dillema dari kapitalisme.
Tindakan ini adalah tindakan terpaksa dimana negara harus memberikan
feeling , seakan2 negara adalah suatu bentuk yg netral didalam sistem
masyarakat , yg mengatur kemasyarakatan untuk kepentingan bersama; yg
terlepas dari kelas2 tertentu; dgn demikian keinginan masyarakat untuk
berjuang membebaskan diri dari penindasan turun menjadi minimal sekali,
kelas tertindas menjadi pasiv.
Lenin menulis tentang civil democracy dgn tepat sekali : /civil
democracy dibandingkan dgn jaman abab ke 15 adalah suatu kemajuan yg
tinggi - dan kapitalisme tidak mempunyai jalan lain - selain sempit,
terbatas, false dan manipulasi, satu paradiso untuk kapitalis, satu
penipuan and a trap untuk yg tertindas dan miskin" (Lenin, Book 28, Page
241, - proletar revolusi dan renegat Kautsky).
demokrasi proletar dgn kata lain berarti : diktatur proletar adalah satu
instrument dari sistem sosialisme , demokrasi yg asli dan untuk
pembebasan :
"persamaan hak dan satu demokrasi yg tidak hanya dalam kertas, tetapi
didalam penghidupan yg real, bukan hanya suatu phrase politik" /(Lenin,
book 30, page 40).
Demokrasi proletar adalah satu bentuk negara yg pertama, dimana bukan
minoritas menindas mayoritas, tetapi sebaliknya. Ini adalah suatu bentuk
demokrasi tertinggi didalam masyarakat yg berkelas.
Demokrasi proletar hanya bisa dijalankan didalam sistem masyarakat
sosialisme, selama bentuk2 kelas masih berada, dimana perjuangan kelas
masih bergolak.
Demokrasi di Venezuela sampai saat ini sama seperti indonesia juga,
masih berlaku apa yg dinamakan civil democracy.
Chavez dalam kemenangannya, akan menjalankan politik "*Sosialisme abad
ke 21" , merubah *bentuk negara menjadi demokrasi proletar.
Dalam menjalankan politik ini , pemerintah Chavez sekarang mendapatkan
perlawanan dari negara2 kapitalisme imperialisme yg besar sekali.
Pemerintah Venenzuela sekarang berusaha reduce kekuasaan kapitalis2
besar luar negeri, pertama2 dalam sektor minyak, perbankan dan
telekomunikasi.
Sampai sekarang dalam sektor minyak pemerintah Venezuela hanya mempunyai
bagian 15% , dimana selebihnya dikuasai oleh perusahaan asing (Exxon,
mobil dll.).
Untuk merubah keadaan kekuasaan ini , Chavez mengambil tindakan yg
darurat, dimana pemerintah dalam waktu pendek boleh mengambil tindakan
ekonomi dan politik yg cepat selama 18 bulan, untuk melumpuhkan pengaruh
kapitalis2 besar baik dalam negeri, dalam perbankan dan komunikasi, juga
dalam militer, maupun luarnegri.
Oleh negara2 imperialis , tindakan ini dinamakan diktatur.
Han
/
/
Information about KUDETA 65/ Coup d'etat '65, click: http://www.progind.net/
http://geocities.com/lembaga_sastrapembebasan/
---------------------------------
TV dinner still cooling?
Check out "Tonight's Picks" on Yahoo! TV.
[Non-text portions of this message have been removed]
Bersatu Rebut Kekuasaan: Hancurkan Kapitalisme, Imperialisme, Neo-Liberalisme,
Bangun Sosialisme!
Situs Web: http://come.to/indomarxist
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/indo-marxist/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/indo-marxist/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 2:05 AM,
No comment,
Nurul Izzah lawan Shahrizat di Lembah Pantai
Monday, February 25, 2008
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Anak sulung Dato' Seri Anwar Ibrahim Nurul Izzah Anwar mengesahkan eliau akan bertanding di Parlimen Lembah Pantai.
Nurul dalam jawapan singkat kepada sms yang dihantar oleh wartawan KLpos.com memberitahu beliau beliau jadi bertanding di Lembah Pantai.
"Sementara itu, Pengarah Operasi Pilihanraya KeADILan Lembah Pantai, Mat Zaman Tasi memberitahu persiapan jentera di Parlimen berkenaan sudah hampir selesai.
"Kami tunggu masa untuk berkempen sahaja, dan kami menjanjikan cara berkempen baru yang dicipta untuk menarik sokongan pengundi wanita," katanya kepada KLpos.com.
Menurut beliau, perarakan calon Nurul Izzah akan bermula dari depan CIMB Bangsar menuju ke Komplek Sukan Bangsar.
"Ribuan penyokong PKR dan PAS dijangka turut serta pada hari berkenaan," katanya.
Mengenai peluang Nurul Izzah, kata Mat Zaman sehingga kini, berdasarkan culaan akhir, Nurul Izzah di depan dengan 55 peratus sokongan berbanding penyandang Dato' Seri Shahrizat Jalil.
"Shahrizat sudah empat penggal di sini, terlalu lama, orang sudah jemu dengan gaya beliau, mereka berjanji kali ini mereka akan mengundi calon muda," kata Mat Zaman.
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 8:38 PM,
No comment,
Negara Berkebajikan: Tawaran PAS buat rakyat Malaysia
Tuan Guru Dato'Sri Abdul Hadi Awang
Setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan Malayia sekarang ini menggunakan falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan.
PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.
Konsep dan definisi
Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:
"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.
Ciri-ciri Negara Berkebajikan
Negara Berkebajikan:
1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7) Rakyat sejahtera, negara makmur
Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tanggungajawab. Kerajaan Umno-BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.
Sejarah
Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS.
Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.
Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan Umno-BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.
Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan.
Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan
Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat.
Antaranya ialah:
1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)
2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan
3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan
4. Menurunkan harga petrol dan gas.
5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin
6. Melaksanakan akta gaji minima
7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari
Penegasan dan Gesaan
Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan Umno yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS) Cetak
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 8:29 PM,
No comment,
Kewajipan Memilih Pemimpin Islam

Pandangan yang pertama menyatakan wajib secara akal kerana orang yang berakal pastinya memilih dan mematuhi pemerintahan yang boleh menghindarkan mereka dari kezaliman dan menyelesaikan perbalahan dan perkelahian. Jika tidak ada pemimpin, nescaya akan kucar-kacir.
Menurut Abu Ya’la al-Fara bahawa perlantikan Imam merupakan wajib secara syarak dan bukan secara akal kerana akal tidak mengetahui perkara-perkara fardu, harus, halal mahu pun haram. Beliau berdalilkan peristiwa di Saqifah Bani Sa’adah. Berkata Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, berkata al-Nawawi:“Telah bersepakat bahawa wajib melantik ketua negara, dan perlantikan ini wajib secara syarak dan bukan secara akal.” Manakala Muztazilah menyatakan perlantikan ketua negara secara akal.
Perlantikan ketua negara ini juga merupakan kewajipan yang merangkumi kewajipan secara syarak dan juga kewajipan secara akal. Kerana tidak ada tegahan untuk melantik ketua negara yang pada pandangan akal adalah untuk memelihara rakyat dan syarak menguatkan pandangan akal ini. Oleh itu, akal dan syarak telah mewajibkan perlantikan ketua negara. Menurut Ibn Hazim al-Andalusi dalam al-Fasl fi Milal wa al-Nihal:- “Bersepakat ahli sunnah, Marji’ah, Syiah, Khawarij atas kewajipan melantik ketua negara. bahawa umat wajib melantik Imam yang adil yang dapat mendirikan hukum-hukum Allah dan mentadbir urusan mereka dengan shariat yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w”. Berkata Ahmad bin Abdul Mu’iem al-Damanhuri (w.1192)
dalam buku al-Naf’u al-Aziz fi Islah al-Sultan wa al-Wazir: “Ketahuilah bahawa penguasa atas urusan manusia adalah fardhu kifayah yang merupakan sangat penting dalam kewajipan agama dan dalam urusan kaum muslimin, malah tidak akan tertegak agama dan dunia tanpanya.” al-Mawardi menyebutkan bahawa ketua negara merupakan tempat pengganti Rasulullah s.a.w. dalam menjaga agama dan mentadbir urusan keduniaan dan membuat akad setia dengan mereka yang memegang tampuk pemerintahan merupakan wajib secara ijma’.
Dari takrif ini bahawa ketua negara adalah pengganti Rasul iaitu pertama, menjaga kemuliaan agama dan kedua mentadbir keduniaan berdasarkan Shariat Ilahi. Menurut al-Mawardi, ketua negara merupakan amanah, tanggungjawab dan tugas yang semestinya pemerintah melakukan dengan sebaik mungkin. Syarat-Syarat Menjadi Ketua Negara Ketua negara merupakan amanah yang paling penting yang harus dipiku tanggungjawabnya. Ia bukan untuk sebarang orang untuk memegang jawatan tersebut. al-Farabi menggariskan sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh ketua negara. Beliau menekankan konsep “Insan Kamil” bagi ketua negara bagi mencapai manusia sempurna hendaklah memiliki dua belas sifat seperti yang diterangkan di bawah tajuk al-Qawl fi Qisal Ra’is al-Madinah al-Fadilah. Dua belas sifat itu ialah:
1. Hendaklah sempurna anggota tubuh badan dan bertenaga atau berkemampuan supaya dengan itu ia dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.
2. Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yang ia lafaz atau ucapkan serta tahu apa yang harus dibuat.
3. Baik hafalan (ingatan) sesuatu yang ia telah faham, lihat, dengar atau dapat (idrak). Ia juga bukanlah seorang yang pelupa.
4. Bijaksana dan cerdik apabila mendengar sesuatu walaupun dengan reaksi sahaja, ia telah faham.
5. Dapat membuat penjelasan atau huraian yang jelas berhubung dengan sesuatu ibarat.
6. Ia sangat suka atau minat terhadap ilmu pengetahuan, senang menerima ilmu tidak merasa atau kenal penat dalam menimba ilmu pengetahuan.
7. Ia hendaklah tidak bersikap buruk iaitu berlebih-lebihan dalam hal makan minum dan juga hubungan kelamin. Menjauhkan diri dari permainan yang hanya untuk bersuka-suka.
8. Memiliki sifat cintakan kebenaran dan orang-orang yang bersifat dengan kebenaran itu. Bencikan pembohongan serta orang-orang yang bersifat demikian.
9. Ia memiliki jiwa besar atau berhemah tinggi hingga mengatasi perkara-perkara yang rendah atau remeh-temeh.
10. Tidak berminat tentang pemgumpulan wang ringgit (dirham wa dinar) dan kekayaan dunia yang lain.
11. Ia bersikap pro keadilan dan anti kezaliman dan penindasan. Tidak mudah dipengaruhi oleh perkara oleh perkara-perkara buruk sebaliknya mudah diseru kepada kebaikan, keadilan dan seumpamanya.
12. Ia hendaklah mempunyai keazaman yang kuat dan berani terhadap sesuatu hal yang dirasakan perlu ia lakukan dan tidak lemah semangat atau jiwa. Islam telah menggariskan syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seseorang yang ingin menjadi ketua negara.
Antara syarat yang telah ditetapkan oleh para ulamak ialah:
1. Islam Adalah wajib ketua negara seorang yang muslim. Ketua negara merupakan penjaga dan pelaksana shariat Islam sudah tentu memerlukan seorang yang beriman kepada Allah dan percaya bahawa ketentuan hukum adalah hak mutlak Allah.
2. Baligh Islam tidak mewajib kanak-kanak yang belum mencapai tahap baligh menjadi pemerintah. Ini kerana ketua negara memerlukan kepada kematangan pemikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
3. Akal Islam mensyaratkan akal kerana ketua negara memerlukan ketajaman fikiran dalam bertindak. Orang yang gila ia tidak dapat berfungsi sebagai pemimpin malah segala kewajipan ke atasnya terangkat. Malah Islam menggalakkan bahawa ketua negara seorang yang mempunyai kecergasan otak, kebijaksanaan dalam mengatur strategi dan menyusun rancangan untuk kepentingan umat.
4. Merdeka Golongan hamba tidak dibenarkan menjadi ketua negara kerana golongan hamba ini mempunyai tugas dan hak yang mesti dilakukan terhadap tuannya dan tidak mempunyai kebebasan terhadap dirinya sendiri. Ketua negara memerlukan seorang yang mempunyai sepenuh masa terhadap tugas pemerintahan dan tidak terikat dengan tugas-tugas yang boleh menjejaskan pentadbiran seperti golongan hamba.
5. Lelaki Bersepakat para ulamak bahawa tidak harus orang perempuan menjadi ketua negara berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dan tidak akan mendapat kejayaan sesuatu kaum yang pada urusan mereka terletak pada perempuan.”29 Walaupun begitu, larangan tersebut dalam memegang jawatan khalifah. Al-Qaradawi mengharuskan wanita dilantik menjadi ahli parlimen atau ahli perwakilan dengan syarat menjaga adab-adab sebagai wanita muslimah.
6. Adil Perlu diingatkan di sini bahawa maksud adil di sini bukan sehingga menganggap bahawa ketua negara itu sebagai “maksum” iaitu tidak melakukan dosa dalam perbuatan-perbuatan atau tingkah lakunya. Sifat maksum ini hanya terdapat pada rasul-rasul sahaja dan tidak terdapat pada golongan lain. Pendapat golongan syiah yang mengatakan bahawa Imamah mestilah seorang yang maksum adalah penyataan yang batil. Sebagai seorang muslim kadangkalanya mungkin berlaku kesilapan maka hendaklah kembali bertaubat kepada Allah. Maksud adil di sini adalah hendaklah kita memilih pemerintah yang sentiasa beriltizam dengan shariat Islam, melakukan amanah dan tidak melakukan kezaliman dalam pemerintahannya. Adil juga membawa erti seorang yang bertaqwa, warak, bercakap benar, menjauhi perkara haram, sentiasa redha dengan tuhan dan menjaga maruah dalam setiap urusan kehidupan. Ia juga bererti mendirikan segala tanggungjawab fardhu dan melaksanakan hukuman dengan adil.
7. Kemampuan Melaksanakan Tugas Seorang ketua negara hendaklah seorang yang mempunyai kemampuan dalam melaksanakan tugas mentadbir, berani, dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan mudah, memikir mengenai kepentingan rakyat dan masa depan negara, jauh dari sifat-sifat lupa dan lalai.
8. Berilmu Para ulamak bersepakat ketua negara mestilah seorang yang berilmu tetapi mereka berselisih mengenai tahap ilmu tersebut. Ada pendapat yang menyatakan bahawa ia mesti mencapai tahap mujtahid dan tidak harus melantik ketua negara yang tidak mencapai tahap mujtahid seperti pendapat Abu Hasan al-Mawardi, Abu Ya'la al-Fara’ al-Hanbali, Ibn Khaldun, Abu Mansur Abdul Qader al-Baghdadi, al-‘Iji dan al-Kardastani dalam bukunya Taqrib al-Maram fi syarah Tahzib al-Kalam. Mereka berhujahkan bahawa ketua negara merupakan tempat rujukan umat apabila berlakunya perselisihan, maka sudah tentunya ia memerlukan seorang yang pakar dalam bidang perundangan dan hukum-hakam yang mencapai tahap mujtahid. Golongan kedua pula menyatakan tidak perlu mencapai tahap mujtahid, cukup memadai berilmu kerana sekiranya untuk mencapai tahap mujtahid maka tidak ada yang mencukupi syarat-syaratnya disebabkan peredaran zaman dan kelemahan umat Islam kini.
Para fuqaha kini mengharuskan melantik ketua negara walaupun tidak mencapai tahap mujtahid asalkan ia dapat melaksanakan hak-hak shariat dengan berpandukan tunjuk ajar dan nasihat dari orang yang lebih arif dalam sesuatu perkara. Berkata Sharastani: “Dan berterusan jamaah dari ahli sunnah kepada perkara ini sehingga mereka mengharuskan bahawa ketua negara bukan seorang mujtahid dan tidak pakar dalam soal ijtihad tetapi hendaklah bersama ia seorang yang pakar dalam bidang ijtihad yang menjadi tempat rujukan hukum dan mengeluarkan fatwa halal dan haram.” Para pemerintah hendaklah cintakan ilmu dan ulamak serta sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu. Faktor-faktor ini menjadi pemerintah sentiasa berada di jiwa rakyat.
9. Tidak Cacat Anggota Dan Tubuh Badan Ketua negara hendaklah seorang yang mempunyai kesempurnaan tubuh badan dan tidak cacat anggota yang boleh menjejaskan pemerintahannya seperti pekak, buta atau hilang kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki yang mana ia tidak dapat lagi berfungsi untuk bertindak secara cepat dan cergas dalam pentadbiran pemerintahan. Abul Hasan Ali al-Nadwi membahagikan kepimpinan kepada dua kategori iaitu kepimpinan kebendaan dan pencukaian (al-jibayah) dan kepimpinan petunjuk dan hidayah (al-hidayah). Kepimpinan al-jibayah ini menjadikan kebendaan sebagai ukuran keberhasilannya.
Kepimpinan yang mementingkan pembangunan material, tenggelam dalam kemewahan dan masing-masing berebut untuk mengaut kekayaan peribadi. Di samping itu, mereka memeras keringat orang miskin dengan kewajipan cukai yang mencekik leher. Mereka tidak mempedulikan pendidikan moral dan agama bagi rakyat. Sementara kepimpinan al-hidayah pula ialah kepimpinan yang menjadikan hidayah sebagai syiarnya dan tugas utamanya menyeru manusia kepada Allah, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Kayu pengukur penghasilan kepimpinannnya ialah integrati moral dan sahsiah , zuhud terhadap kemewahan dunia dan berlumba-lumba dalam kebajikan. Gambaran golongan ini seperti yang dirakamkan dalam al-Quran, “Dan orang-orang yang Kami perteguhkan kedudukan mereka di bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kejahatan”. (al-Hajj 41). Al-Quran juga memberi panduan kepada umat Islam untuk memilih pemimpin berdasarkan ayat yang bermaksud : “ ikutilah orang-orang yang tidak meminta upah dan mereka yang terbimbing dengan hidayah “ ( Yasin :21).
Ayat tersebut mengisyaratkan dua kriteria penting kepimpinan iaitu seorang yang menghayati hidayah Tuhan dan tidak meminta rakyat membalas budi dan baktinya. Disamping itu, beliau turun ke medan masyarakat bukan untuk mengaut harta kekayaan untuk peribadi dan keluarga atau untuk glamour peribadi tetapi semata- mata untuk memajukan masyarakat dan tidak rela bangsanya diperhambakan oleh mana-mana pihak. Keunggulan seseorang pemimpin terletak kepada kemampuannya membina dan mendidik bangsanya.
Kepimpinan sedemikian yang disebut sebagai pemimpin pendidik (al-qa’idu ‘l-murabbi) yang dapat merubah bangsanya menjadi lebih kuat, unggul dan bermaruah. Perubahan manusiawi atau human transformation ini yang telah dilakukan oleh para nabi. Nabi Muhammad s.a.w. misalnya telah berjaya merubah watak bangsa Arab yang serba rosak menjadi umat terunggul, dari umat yang berperang selama 600 tahun kerana seekor unta kepada pemimpin dunia.
Oleh itu, pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang mampu membina dan membentuk generasi terunggul (jil al-farid). Mereka menggabungkan kepimpinan unggul dengan petunjuk Ilahi. Dengan kata lain, mereka sentiasa berada dalam naungan petunjuk Allah dengan mengikut sepenuhnya perintah Tuhan. Secara ringkasnya dalam konteks masyarakat di Malaysia, kita memerlukan kepimpinan berwibawa - berilmu, berakhlak, beramanah, berwawasan dan berintegriti moral, pimpinan yang mampu melaksanakan tugas besar, melahirkan daya saing dan daya juang yang tinggi pada bangsanya.
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 8:05 PM,
No comment,