KHAIRI HUSSIN DAN HALIM MOKHTAR BERUNDUR HUJUNG TAHUN INI???
Saturday, October 18, 2008
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 8:05 AM,
No comment,
Umno Xada jentera sebenarnya…
Monday, March 3, 2008
Jadi yang masalahnya parti yang memegang kerajaan (Kononya) mempunyai jentera yang “payung terjun” iaitu pada musim pilihanraya je wujudnya jentera BN. Meraka mengutip budak-budak yang berkeliaran ditepi jalan untuk membantu jentera parti mereka dengan sayarat kena ada bayaran.
Saya difahamkan mereka mendapat RM30 semalaman tetapi jika makin lewat mereka balik, semakin lumayan bayaran yang kenakan. Ini membuktikan BN tidak mempunyai jentera dan terpaksa mengupah orang untuk membantu mereka, saya yakin tak mungkin BN yang dikatakan kuat itu tak ada jentera sebeb dalam berita mereka sentiasa bercakap tentang jentera, cume jentera sebenar je yang taknak turun sebab nak jaga “Standard” merekakan berjawatan,taknak la macam PAS sampaikan Ketua Pemuda sendiri yang turun padang buat kerja.
Bagi jentera PAS(BA) kami mereka buat segala kerja pilihanraya kerana kerelaan mereka dan semangat pengorbanan kepada parti mereka, berusaha bagi mencapai kemenangan,dan jika kalah mereka tetap berasa puas hati kerana mereka telah mencurahkan sepenuh tenaga mereka. Dan mereka tidak akan mengalah penggal depan boleh
Mungkin pihak BN kata nak bagi kerja kepada budak-budak yang berkeliaran, tapi kenapa pada pilhanraya ja sedangkan yang mereka upah itu budak-budak bawah umur baru tingkatan 4 .lagi saya difahamkan budak-budak ini ada yang tidak bersekolah,lepak di bawah jambatan ada yang pernah melakukan perkara tak senonoh dan pernah terlibat dengan Seks.
Rupanya-rupanya kerajaan nampak tentang hal ini, Cuma mereka buat-buat tak nampak, maklum la kita
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 4:52 AM,
No comment,
Buktikan kebencian rakyat Kelantan Kepada BN
Wednesday, February 27, 2008

Salam perjuangan kepada rakyat kelantan khususnya sahabat pemuda-pemudi sekalian, anda tahu tak sejarah kelantan yang pada suatu hari pada tahun 1987 rakyat kelantan bangkit berdemostrasi menentang kerajaan kelantan yang diperintah Barisan Nasional pada masa itu.
PRU-12 tidak lama lagi, jadi semua rakyat kelantan tahu yang UMNO akan membuat apa sahaja cara demi kemenangan mereka untuk memerintah Kelantan yang suci ini. Rasuan(politik wang),pancing undi dengan memberi hadiah kepada setiap rakyat,menabur janji seperti membina masjid sedangkan masjid kat kelantan dah berlambak dan banyak lagi tektik-tektik mereka yang tidak berlandaskan iman dan agama untuk memerampas negeri kita yang disayangi ini.
Memang betul jika UMNO perintah kelantan, mereka akan melayan kita macam anak mas.. TAPI SAMPAI BILA!!!!!! Mungkin hanya sepenggal je, penggal depan mereka akan merangcang nak masukkan budaya yang entah ape-ape yang sama dengan KL yang kita sanjung2 kan itu, sebab mereka yakin menang lagi sebab mereka aanggap rakyat dah terkenang budi dengan mereka.
Wahai saudara-saudara senegeri! Semasa saya mula-mula belajar kat luar negeri kelantan, saya terkejut kerana banyak budaya yang tidak ada dinegeri kita, gejala sosial lebih teruk daripada negeri kelantan, fahaman islam pun pelbagai seperti Al-Arqam(Refaqa’),Wahabi atau syiah sangat menonjol disini, tidak kurang juga budaya Barat seperti gothic,Skin,Punk,black metal dan puak gengster berlambok cni weii….
Kito ero negeri kito pun en teruk dh, kalu UMNO merintoh gak… koho sedap la budok2 hok suko kpd hiburan , mereka yang selama ini tenggelam akan timbul kerana kerajaan BN ini “support” diorang.
Jadi jika kita betul-betul tetap pendirian atau istilah mati hidup semula benci BN! Jika mereka menang dalam pilihan raya ini dengan “tipu” jom Kita BANGKIT MENGHALAU MEREKA DARIPADA MEMULAKAN SEGALAA-GALANYA! KITA BUAT DEMOSTRASI MENENTATANG KEMENANGAN BN! AYUH! BANGKIT LAH SAUDARA KU! BANGKITLAH SAHABAT-SAHABAT KU! BANGKITLAH SEMUA RAKYAT KELANTAN! SAMA-SAMALAH KITA KEKALKAN PEMERINTAHAN ULAMA’ INI ! Jom kita kekal kan keamanan dan kedamaian kita di negeri yang tercintan ini,
Usah dengan rayuan,pujukan dan kata-kata manis calon2 UMNO kerana mereka itu hanya “Parasit Islam” yang berusaha untuk menghancurkan agama mereka sendiri….
Ingat perinsip ini LAWAN TETAP LAWAN! UBAH SEBELUM PARAH ! UMNO DULU…KINI…SELAMANYA PEROSAK ISLAM… TAKBIRRRRR!!!!!!!!!!
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 6:36 PM,
No comment,
Biarkan PAS Menang Di Kelantan Demi Kebaikan Malaysia-TUN DR. MAHADHIR

Tiada yang lebih kontroversi dan boleh disalahtafsirkan di dalam ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamed di Kota Bharu selain dari kerelaannya dengan berat hati melihat PAS sekali lagi menumbangkan UMNO di Kelantan di dalam pilihanraya umum ke 12 akan datang.
Saya tidak pasti bagaimana media arus perdana akan melaporkan pernyataan Tun yang dibuat sewaktu menjawab soalan daripada salah seorang daripada hampir 500 orang yang hadir mendengar ucapannya di majlis Syarahan Perdana Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.Tetapi kenyataannya ialah sebaik sahaja Tun membuat pernyataan tersebut, hadirin yang hadir, termasuklah Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah m
enyambutnya dengan tepukan gemuruh.
Menurut Tun, sebagai ahli UMNO dan bekas pemimpin tertinggi UMNO, beliau tidak rela melihat UMNO tumbang di tangan PAS atau mana-mana parti pembangkang. Tetapi, sekiranya ketewasan UMNO adalah satu-satunya cara bagi menyedarkan kepimpinan UMNO sekarang tentang kelemahan pucuk pimpinan parti, maka, rakyat Kelantan seharusnya memberi undi mereka kepada PAS demi kebaikan negara Malaysia tercinta.
Di dalam menjawab satu lagi soalan daripada hadirin yang hadir, Tun berkata, tiada apa yang mampu dilakukan oleh Kerajaan Kelantan sekarang di dalam menghadapi globalisasi kerana masalah menghadapi globalisasi adalah satu cabaran yang hanya mampu ditangani oleh Kerajaan Pusat. Namun begitu Kerajaan Kelantan seperti mana Kerajaan Negeri-Negeri lain seharusnya terus memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat supaya menangani cabaran globalisasi dengan lebih bijak.
Secara berseloroh, di dalam ucapannya Tun berkata, jika Kerajaan Kelantan menerajui negeri ini seperti Proton pada hari ini, ranaplah Kota Bharu. Proton di bawah teraju YM Tengku Mahaleel, seorang anak Kelantan berjaya membuat keuntungan demi keuntungan sehingga memperolehi wang simpanan tunai berjumlah RM4 billion. Malangnya, Proton di bawah teraju yang dilantik oleh Perdana Menteri sekarang hanya mampu membuat kerugian berjumlah setengah billion ringgit setiap tahun
Tun Dr. Mahathir juga menyeru rakyat Kelantan supaya tidak terpedaya dengan janji yang ditabur oleh Kerajaan Pusat yang berjumlah RM3 billion untuk pembangunan lebuhraya dan empangan di Kelantan. Sebaliknya Tun meminta rakyat Kelantan untuk bertanya, mana duitnya? Tunjukkan dahulu duit tersebut!
Ramai pemerhati politik menyangka ucapan terbaharu Tun Dr. Mahathir sebagai lanjutan kepada serangan-serangan kritikalnya terhadap Perdana Menteri Abdullah Haji Ahmad dan anak menantunya, sebaliknya satu perubahan ketara dilihat daripada ucapan Tun kali ini.Peri pentingnya majlis pada 6 Mei 2007 ini ialah, buat pertama kalinya setelah sekalian lama, Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah berkongsi pentas dan duduk sebelah menyebelah semenjak Tun memulakan serangan demi serangan terhadap kelemahan kepimpinan UMNO dan negara Malaysia sekarang. Bukan itu sahaja, Tun Dr. Mahathir kali ini memberi ucapan di atas platform yang dinaungi oleh Tengku Razaleigh Hamzah sendiri.
Satu lagi perbezaan ketara di dalam siri ucapan Tun yang bermula semenjak Jun 2006 ini, ialah ucapannya kali ini lebih bercorak amanat dan nasihat kepada rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya di dalam menghadapi pilihanraya umum ke 12.
Tanpa berselindung, Tun memerli keputusan pengundi di Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Ijok yang sanggup menggadai maruah mereka untuk wang berjumlah RM200 dan mesin-mesin jahit. Tun menasihatkan hadirin yang hadir supaya mempertahankan maruah negara di dalam pilihanraya dengan menolak sebarang tawaran membeli undi mereka. Membeli undi adalah rasuah, pemberi dan penerima sama-sama melakukan kesalahan. Tun juga mahu para pengundi tidak membuat pilihan secara membabi buta kerana ia hanya akan memberi mandat kepada pemerintah untuk melakukan apa sahaja secara membabi buta.
Di dalam ucapannya kali ini Tun tidak lagi menumpu perhatian kepada mengulangi kritikan-kritikannya terhadap kelemahan Perdana Menteri sekarang, sebaliknya lebih kepada menyedarkan hadirin yang hadir tentang peri pentingnya mereka menghargai hak mereka sebagai pengundi.
Di dalam kata lain, sekiranya ahli-ahli UMNO, para pengundi dan rakyat Malaysia bersetuju bahawa kepimpinan Kerajaan Malaysia sekarang adalah lemah dan tidak berwibawa, mereka seharusnya bersedia mendesak perubahan tersebut menerusi proses demokratik dan memangkah undi secara bijaksana.Tun mengungkap kembali insiden sewaktu beliau tewas ketika bertanding di dalam pilihanraya umum Kota Setar pada tahun 1969 dahulu. Pengundi Cina di situ lebih rela mengundi parti PAS daripada mengundi beliau (UMNO) walaupun PAS membawa isu membina Kerajaan Islam. Pengundi Cina waktu itu lebih rela menerima Kerajaan Islam daripada mengundi seorang yang di cap Ultra-Malay.Adalah tidak salah bagi ahli UMNO sendiri mengundi ahli dari parti lain, jika mereka tiada pilihan lain di dalam menyuara ketidakpuasan mereka terhadap pimpinan UMNO sekarang. Demi cinta mereka terhadap UMNO dan negara, mereka perlu bersedia berkorban.
Jelaslah bahawa pilihanraya akan datang adalah satu-satunya peluang bagi rakyat Malaysia amnya dan peyokong UMNO khasnya menyuarakan protes mereka terhadap kebobrokan kepimpinan Abdullah sekeluarga.Hari ini, rakyat Kelantan telah menyaksikan kembalinya terjalin secara rasmi ikatan siratul rahim dua negarawan Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. Membenarkan Tun Dr. Mahathir menggunakan platform naungannya untuk menasihatkan rakyat Kelantan mempertahankan maruah Malaysia sebenarnya membuktikan Tengku Razaleigh Hamzah sendiri merelakan kesinambungan pemerintah Kerajaan Negeri Kelantan sekarang.
Dengan mempertahankan pemerintahan Kerajaan PAS di Kelantan di dalam pilihanraya umum ke 12, dan mengurangkan majoriti Barisan Nasional di peringkat Parlimen dan peringkat Dewan-Dewan Undangan Negeri, adalah satu-satunya cara untuk menggegarkan Abdullah dan keluarganya. Inilah satu-satunya proses demokratik yang tinggal untuk ahli-ahli UMNO mengusulkan perubahan kepada parti mereka. Secara tidak langsung juga, Tun Dr. Mahathir menyedari, kesilapan kepimpinannya sewaktu menjadi Presiden UMNO dengan menyukarkan jawatan pucuk pimpinan parti ditandingi. Hari ini, adalah lebih mudah membawa perubahan di dalam UMNO menerusi pilihanraya umum berbanding dengan menerusi pemilihan pucuk pimpinan parti. Adalah hampir mustahil mengalahkan Abdullah Haji Ahmad menerusi sistem demokratik di dalam UMNO. Tetapi tidak mustahil untuk menumpaskan Abdullah Haji Ahmad sekeluarga menerusi pilihanraya umum ke 12.
Adakah dengan mengungkap kembali ketewasannya di dalam pilihanraya umum 1969 di Kota Setar, Tun cuba memberi jawapan kepada kita semua? Masyarakat Cina tidak seharusnya takut mengundi parti yang memperjuangkan Negara Islam, masyarakat Melayu pula tidak harus takut untuk tidak mengundi Parti yang ditubuhkan untuk membela Agama, Bangsa dan Negara. Justeru, kita semua harus berani berkorban demi Agama, Bangsa dan Negara!
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 2:31 AM,
No comment,
Dr Shafie Abu Bakar menarik nafas lega berjaya menempuh halangan dan 'ujian' daripada SPR

BANGI, 25 Feb (Hrkh) - Calon PAS Dun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar menarik nafas lega apabila beliau berjaya menempuh halangan dan 'ujian' daripada SPR bermula petang Khamis lalu sehinggalah tengah malam tadi.
Katanya, pada penamaan calon kali ini SPR benar-benar menguji kesabarannya dan juga calon-calon pembangkang yang lain bagaimanapun berjaya dapat diselesaikan tepat pada waktunya.
Menurut beliau, berbagai-bagai karenah yang dilakukan oleh SPR di saat-saat akhir antaranya dikenakan duti setem bahkan setem itu pula hendaklah mengunakan setem yang 'hidup'.
| |
"Karenah SPR ini buat kita menggelabah juga sebab banyak pejabat yang tutup, dan dalam masa yang sama kami terpaksa banyak kali mengisi borang yang diperlukan, bahkan 12 malam tadi kita ke pejabat daerah untuk selesaikan perkara ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon yang diadakan di Kompleks Sukan Bangi, Bandar Baru Bangi. Bagaimanapun, katanya, karenah SPR itu tidak mematahkan semangat dan perjuangan parti PAS untuk merealisasikan 'Negara Berkebajikan'. Beliau turut bersedia kemungkinan akan berlaku beberapa perubahan yang dilakukan oleh SPR dalam tempoh berkempen sehinggalah hari mengundi. "SPR boleh keluarkan arahan baru untuk proses penamaan calon di saat-saat akhir dan tidak mustahil mereka boleh buat arahan baru pula untuk tempoh berkempen dan hari membuang undi," katanya. Mengulas karenah SPR itu, Shafie berkata, sebagai sebuah badan yang lama dan berpengalaman sepatutnya lebih profesional. "Kalau SPR tidak menyusahkan kita, kenapa kerajaan melanjutkan tempoh persaraan Pengerusi SPR dari 65 ke 66 tahun, dah jelas ada tujuan mereka di sebalik itu," katanya. Jelasnya, pada hari ini mereka telah lulus satu tahap bagaimanapun satu tahap yang lebih penting bagi PAS adalah hari membuang undi. "Sekarang kita bukan lagi bekerja dari hari ke hari tetapi dari jam ke jam perlu diisi dengan gerak kerja, kemuncaknya adalah semasa pilihan raya," katanya. Shafie juga mengingatkan kepada para petugas parti inilah masa yang paling baik untuk PAS merebut kemenangan dalam pilihan raya kali ini memandangkan banyak krisis yang tidak dapat diselesaikan oleh BN. Kira-kira 2,000 para penyokong PAS berarak mengiringi Dr Shafie ke pekarangan kompleks sukan jam 8.45 pagi. Tepat jam 9.00 pagi beliau menyerahkan borang penamaan calon. Suasana di dalam kompleks sukan agak terkawal memandangkan penyokong BN dan PAS dipisahkan sejauh sebuah padang bola sepak antara satu dengan lain. Walaupun dalam cuaca yang agak panas ketika itu, penyokong PAS mahupun BN masing-masing tidak berganjak dan bersabar menunggu pengumuman daripada Pegawai Pengurus SPR. Dalam tempoh hampir empat jam menunggu pengumuman para penyokong PAS masing-masing membaca doa memohon keberkatan Allah yang dikepalai oleh Hj Mohamad Kaus Abdul. Di samping itu, lagu PAS turut dimainkan bagi menaikkan lagi semangat para penyokong Dr Shafie diikuti laungan takbir 'Allahuakhbar', 'Lawan, lawan, Lawan BN, dan 'Reformasi'. - mks. |
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 2:27 AM,
No comment,
Jadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan pembangunan

usteru, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta agar semua pihak khususnya pentadbir agar menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan terpenting dalam menjalankan sesuatu proses pembangunan
"Semua yang terjadi di atas dunia ini, sama ada projek dan usaha pembangunan telah tercatat pada kertas kerja Allah. Pernah suatu ketika dahulu, ada sesetengah pihak yang kurang yakin dengan kita (PAS) untuk menjalankan aktiviti pembangunan, tetapi hari ini kita buktikan ianya adalah tidak mustahil dengan izin Alah," ujarnya dalam satu Majlis Pecah Tanah Kompleks Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas di Bandar Baru Pasir Mas, Lubuk Jong pagi tadi.
Jelasnya, proses kejuruteraan negeri adalah untuk memajukan Kelantan dengan berpegang kepada manifesto kerajaan negeri iaitu Itqan Mas'uliyyah' yang telah diperkenalkan kepada semua penjawat awam untuk memastikan segala yang dijalankan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah semata-mata.
"Selain itu, kita juga hendaklah mengendalikan segala masalah yang berkaitan dengan manusia ini dengan kembali kepada ajaran Islam kerana menjaga negeri ini adalah bererti menjaga manusia," katanya.
Nik Aziz yang juga merupakan calon Dun Cempaka menegaskan bahawa sejak PAS menerajui Kelantan, pelbagai perubahan telah dijalankan.
"Pada peringkat awal, kita telah meminta semua urusan kewangan perlu dipindahkan daripada menggunakan bank konvensional kepada bank Islam bagi mengelakkan bercampur dengan unsur riba yang dilarang oleh Allah," ujarnya.
"Tiada sebuah kerajaan di negara Asia yang melakukan tindakan sedemikian melainkan kerajaan negeri Kelantan," ujarnya lagi.
Tambahnya, apa jua yang telah diperintahkan oleh Allah tidak kira apa jua bentuk suruhan dan larangan adalah untuk kebaikan hambaNya, kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya itu.
"Ia adalah sebagai suatu usaha untuk mencapai keberkatan Allah khususnya bagi membangunkan negeri ini selari dengan kehendak Allah," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Wip Majlis Daerah Pasir Mas, Osman Zakaria menyatakan kos pembangunan projek tersebut menelan belanja RM14.8 juta bagi membina kawasan perumahan, rumah kedai, kafeteria, kompleks pejabat, surau, taman permainan dan sebagainya yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.
"Ia akan dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang akan menjadi tarikan bagi industri pelancongan selain merupakan koridor pembangunan yang berupaya menaiktaraf sosioekonomi penduduk Pasir Mas," ujarnya.
Menjelaskan mengenai kedudukan projek tersebut, Pengarah Projek tersebut, Ir. Suharto Mohd Nasir menerangkan 80 peratus Fasal Pertama projek itu telah siap dengan 34 unit kedai dan 75 peratus daripadanya telah habis dijual.
"Ia bukanlah suatu projek bagi mencari keuntungan, kerana ia adalah untuk membantu membangunkan Pasir Mas oleh syarikat Taman Semasa Sdn. Bhd," katanya.
Turut hadir dalam masjlis tersebut ialah Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Takiyuddin Hassan, Pengerusi Eksekutif Taman Semasa Sdn. Bhd, Dato' Albert Tan, calon PAS Parlimen Rantau Panjang serta Dun-dun sekitarnya, iaitu Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, calon PAS Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron, calon PAS Dun Meranti, Ustaz Nasurudin Daud, calon Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali, Calon PAS Dun Tendong, Ustaz Mohd Daud dan calon PAS Dun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad.
Pada majlis yang sama juga, Nik Aziz telah menandatangani plag tapak majlis pecah tanah projek serta menggali tanah sebagai simbolik kepada upacara perasmian majlis pecah tanah itu.harakahdaily.net
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 2:25 AM,
No comment,
Pengenalan BLOG ini Diwujudkan
Suara Revolusi Anda diwujudkan bagi mengetengahkan isu-isu politik di
Blog ini hanya mamberi pendapat atau menegur bersesuaian dengan negara kita yang menggunakan sistem “Kerajaan Demokrasi” yang mena kerajaan dipilih suara terbanyak dan berhak keatas rakyat untuk menyuarakan apa-apa kehendak mereka kepada pemimpin mereka tidk kira raakyat dewasa ataupun pelajar(mahasiswa).
Terpulanglah kepada pihak kerajaan jika mahu mendengar atau nak ambil tindakan, tetapi ingat, rakyat Malaysia sekarang tidaak bodoh, mereka adalah berpelajaran ada yang sampai Eropah, ada yang sampai timur tengah, ada yang bergelar Prof.,Dr., berpendidikan Master,Phd,Ijazah dan sebagainya.
Firman Allah taala:
“Katakan(Wahai Muhammad) adakah sama antara orang yang tahu,dengan orang yang tak tahu(tentu sekali tidak)”.
Dalam ayat ini Allah sengaja menguji manusia bertnya adalah sama orang yang tahu atau berilmu dengan yang tak belajar atau yang belajar bidang lain tapi nak bercakap tentang agama. Walaupun Allah dah tau jawapannya, tapi sengaja dia ingin memberi kesedaran kepada kita adakah kita sedar diri ke tidak.
Firman Allah lagi:
“Jika kamu membantu kerja di jalan Allah, maka Allah akan membantu mu”
Ini menerangkan perjuangan Islam tidak pernah kalah Cuma belum menang, sebab itu Penasihat KeADILan, Dato’Sri Anuar Ibrahim menggunkan Istilah “Lawan Tetap Lawan” dan “ Ubah Sebelum Parah”.
Revolusi bermaksud, suatu pembangkitan untuk merubah sesuatu atau memperbaharui sesuatu, blog ini wujud selepas kajian, yang menunjukkan penduduk negara ini bangkit untuk menuntuk hak mereka iaitu kerajaan yang bersih dan ADIL dalam membahagikan hak rakyat. Contoh pemecatan bekas timbalan Perdana Menteri tahun 1999,perhimpunan Gelombang Kuning (BERSIH) dan HINDRAF,
Dan banyak lagi isu yang ingin dibagkitkan dalam blog ini.
posted by SUARA REVOLUSI ANDA @ 2:15 AM,
No comment,